03 8885 8587/8589/8223/8884
urusetiamysi@mosti.gov.my

Malaysia Social Innovation (MySI)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

PERLUKAN BANTUAN

Hubungi kami untuk maklumat lanjut

Baca lebih lanjut
PANDUAN PENGGUNA

Rujukan panduan pengguna

Baca lebih lanjut
GARIS PANDUAN

Rujukan garis panduan

Baca lebih lanjut

Berita terkini

Berita terkini mengenai Malaysia Social Innovation

Sesi Townhall dana MySI pada 20 Februari 2020

Sesi Townhall pada 20 Februari 2020 Slide semasa sesi Townhall Taklimat Townhall Penawaran Dana MySI 2020

Read more

Bidang keutamaan MySI

  Apakah bidang keutamaan dalam Program MySI? Terdapat lima (5) bidang keutamaan bagi Program MySI seperti berikut: a.     Ekonomi Menumpukan kepada sektor pertanian, perikanan dan penternakan sahaja yang melibatkan petani,[…]

Read more

Bilakah tarikh tawaran dana Program MySI dibuka dan ditutup?

MOSTI menawarkan dana Program MySI bermula pada 20 Februari 2020 dan dilanjutkan sehingga 7 April 2020

PENGENALAN

Malaysia Social Innovation (MySI)Malaysia Social Innovation (MySI)

Program Malaysia Social Innovation (MySI) merupakan inisiatif yang menjurus kepada penjanaan pendapatan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi bagi memenuhi keperluan sosial.

BACA LEBIH LANJUT

OBJEKTIF

Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.

Cara memohon

Cara memohon dana MySI secara atas talian

1. DAFTAR AKAUN PENGGUNA

Pemohon baharu perlu mendaftar akaun dalam sistem eMySI untuk memohon dana secara atas talian.

Klik pautan ini
2. MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pemohon perlu mengisi borang permohonan mengikut garis panduan yang terkini.

3. MUAT NAIK BORANG PERMOHONAN

Pemohon perlu melampirkan borang permohonan yang telah disahkan selepas berjaya mengemukakan borang permohonan secara atas talian.

4. MENUNGGU PROSES TAPISAN

Pemohon akan menerima notifikasi mengenai status permohonan melalui e-mel.

Kriteria projek

Kriteria penilaian dalam permohonan Program MySI.

TEKNOLOGI SEDIA ADA

Teknologi yang dicadangkan BUKAN prototype dan BUKAN di peringkat R&D.

PERUNTUKAN

Kos pelaksanaan dan penyelenggaraan yang minimum.

BOLEH DILAKSANAKAN DALAM MASA YANG SINGKAT

Projek hendaklah dilaksanakan dalam tempoh maksimum 12 bulan.

BERIMPAK TINGGI

Projek hendaklah menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat menerusi aspek seperti meningkatkan produktiviti, meningkatkan pendapatan komuniti terlibat dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

MAMPAN

Projek hendaklah mampu untuk berkembang serta mempunyai business plan/ exit plan yang jelas untuk menampung kelestarian projek.

DINIKMATI RAMAI

Setiap projek hendaklah sekurang-kurangnya 100 orang penerima faedah secara langsung dan tidak langsung.

PENYELESAIAN MASALAH

Projek yang dicadangkan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Teknologi yang dicadangkan hendaklah disokong oleh kajian atau pernah memenangi anugerah atau merupakan hasil Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK).

PERANCANGAN PROJEK

Projek yang dicadangkan telah dibuat sesi engagement bersama masyarakat dan kolaborator, disokong oleh baseline study dan mempunyai komponen kos yang jelas.

KOS SELENGGARA

Projek yang dicadangkan hendaklah mempunyai kos selenggara yang rendah, alat ganti yang mudah diperolehi, mudah untuk diselenggara oleh masyarakat dan mempunyai waranti.

KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Projek yang dicadangkan boleh mengurangkan kebergantungan kepada sumber alam tidak boleh diperbaharui, boleh dioperasi tanpa bekalan konvensional, mengurangkan penggunaaan tenaga manusia dan mengurangkan penggunaan jentera berat.

Galeri

Gambar terkini mengenai MySI.

Skip to content